Coretan lalu … Pencarianku
Sebuah coretan lalu.Saya pernah emailkan pada kawan2 masturah.Dah lama tulisan ni duk dlm draf email. saya terbitkan kat sini pulak.
Abah saya adalah seorang karkun dari dulu lagi.Semasa saya kecil2 dulu dia memang aktif dalam usaha ni.tapi masa tu saya masih kecil dan tak tahu apa2.Masa saya sekolah menengah abah saya nampaknya dah menurun sikit dlm usaha ni.
Masa saya di tingkata 5, saya ada berjumpa dengan seorang guru tariqat.kata -kata dan nasihatnya menarik perhatian saya.dia menekankan tentang amalan tasauf , membersihkan jiwa dan mendekatkan diri pada Allah.dia bagitahu saya sebelum ni dia ada murid yg pernah dia bimbingla, bagi ijazah dan sebagainya.Bila saya ada masalah, saya minta nasihat kat dia. saya rasa teringin nak jadi anak muridnya.
Masa saya pulang ke rumah waktu cuti asrama, saya selalu memuji guru tu dan menceritakan pada abah saya.Pada mulanya abah saya hanya dengar sahaja.tak komen apa2.Rupanya masa saya menerima tarbiah drp guru tu tak lama.Masa akhir tahun, saya jumpa guru tu.saya sebenarnya nak cakap kat dia saya nak terus belajar dengan dia dan nak jadi anak murid dia spt murid dia dulu yg pernah diceritakan, tapi saya malu nak cakap.Setelah dia menasihati saya dengan beberapa nasihat, akhirnya dia kata,” masa kamu bersama saya dah tak sempat, kalau kamu betul2 nak belajar dan mendalami ilmu ni kamu pergilah mana-mana pondok dan berguru”.Saya rasa mungkin saya tak layak jadi muridnya.Saya kecewa dan sedih sangat2.Macam2 saya fikir.Saya tertanya-tanya kenapa dia tak nak jadikan saya anak muridnya.masa tu saya betul2 sedih dan tak bersemangat langsung. Saya selalu je nangis, sedangkan peperiksaan SPM dah dekat.Kawan2 seasrama, guru2 semua perasan saya ada masalah.Tapi saya tak ceritakan pada orang.Akhirnya adik saya tahu, dia ceritakan pada keluarga saya tanpa pengetahuan saya.Patutlah waktu hampir nak exam abah saya pergi asrama saya dan bagi air tawar yg dia sembahyang hajat dan baca yasin utk menenangkan saya.tapi, abah saya tak tanya apa2 pun.Oleh kerana exam dah dekat saya pun cuba lupakan kesedihan saya dan tumpukan pada exam.lepas exam saya duk kat rumah dan saya selalu berdoa agar Allah tunjukkan saya jalan yg benar.Guru yg saya maksudkan tu tak lama selepas tu dah berpindah ke tempat lain.Patutlah dia kata kesempatan saya bersamanya dah tak sempat.
Saya selalu ceritakan pada abah saya tentang guru tersebut.Pada ketika itu abah saya pula ceritakan tentang jemaah tabligh daripada mula2 maulana Ilyas buat usaha ni dan menceritakan banyak perkara2 dan nusrah Allah yg datang kepada mereka yg tawajjuh dlm usaha ni.Saya pun terdetik utk mengetahui dengan lebih banyak lagi tentang usaha ni, tapi saya malu pada abah saya sebab sebelum ni saya asyik memuji dan duk cerita pasal guru tu je.
Kemudian, saya dpt menyambung pelajaran di Shah Alam, jurusan matrikulasi sains hayat.Namun, hati saya masih tercari2 dan saya rasa banyak benda yg tak tahu, tentang tariqat, tentang jemaah tabligh dan juga jemaah2 lain.
Suatu ketika waktu saya solat di Musalla kolej tu , selepas magrib, saya terdengar ada orang baca taalim.Rupa-rupanya kat situ ada sekumpulan karkun yg buat taalim tiap2 hari lepas maghrib.saya memang kenal apa yg mereka buat tu adalah taalim, sebab kat rumah saya pun ada buat jgak waktu abah saya aktif usaha ni. Saya rasa terdetik utk mengetahui tentang tabligh dgn lebih jauh lagi.kebetulaan salah seorag drp kawan sekelas saya ada yg terdiri drp mereka yg buat usaha ni.Saya ambil peluang ni utk bertanya mereka.Hati saya semakin tertarik dengannya dan nak berada dlm usaha ni, tapi saya tak jumpa kawan yg sefikrah dengan saya di kalangan perempuan.Jadi saya terpaksa pendamkan niat saya.
Saya mengambil keputusan utk tukar aliran pengajian drp sekular kepada agama atas sebab2 tertentu.Kebanyakan kawan2 yg dr aliran agama memandang rendah kpd org yg buat usaha ni dan merasakan org yg buat usaha ni terdiri dr kalangan org yg kurang ilmu.
Saya mula belajar aliran agama di Perlis.Oleh kerana saya tak ada langsung asas bahasa arab,saya kena ambil kursus bahasa arab selama 6 bulan.kemudian saya ambil diploma al-quran dan hadis selama 3 tahun.Waktu saya belajar di perlis, saya juga ada jumpa karkun yg buat usaha ni.Pengetahuan saya tentang usaha ni bertambah.Saya dpt tahu tentang adanya usaha masturat iaitu taalim masturat seminggu sekali di kawasan Beseri , Perlis.melalui kawan saya, saya ada ambil no tel karkun yg uruskan bhg masturat di kawasan tu.Dia selalu keluar dan bawa isteri dia ke program taalim masturat tu.Saya telefon dia dan ceritakan tentang hajat saya.Sewaktu dia nak hantar ahlia dia ke program tersebut, dia akan singgah ke asrama saya utk bawa saya bersama.waktu tu saya dah nak habis belajar kat sana.Dah nak exam tahun akhir.Karkun tu akan telefon saya selepas saya hadiri program tu dan dia akan tanya saya apa yg saya dapat semasa hadiri program tu.Dia bagi saya banyak nasihat dan saya dapat banyak pengetahuan tentang aktiviti program yg dilakukan.Saya merasakan tidak ada kegiatan lain yg lebih baik drpnya.Tapi, hanya dua kali akak pergi ke program masturat tu bersamanya.kemudian dia tak nak bawa saya lagi kerana alasan saya nak exam dan kadang kala alasan keretanya dah penuh krn adik perempuannya juga pergi, isterinya tak sihat dsb.Suatu hari saya rasa teringin sangat nak pergi kerana dah lama tak pergi.Tapi hari tu dia kata dia nak keluar 3 hari.jadi tak dpt hantar.Oleh kerana hari tu ada program masturat dan semangat saya yg berkobar2 utk pergi,saya pergi sendiri ke tempat tu.memang betul, hari tu sikit shj masturat yg hadir krn suami2 mereka ramai yg keluar.tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yg tak kena.sikap mereka lain terhadap saya.tidak ramah spt biasa, kecuali seorang shj.Saya ada ambil no telnya.Malam tu saya telefon kakak tu utk berkenalan dgn lebih dekat.rupanya baru saya dapat tahu mereka sekarang seolah2 tak berkenan saya dtg situ sebab takut timbul fitnah.patutlah karkun tu seolah2 mengelak utk bawa saya.Akhirnya karkun tu sendiri yg beritahu saya memang mesyuarat putuskan supaya dia tidak bawa saya lagi sebab takut timbul fitnah.Dia kata usaha masturat adalah sangat halus, walaupun dia bawa saya bersama isteri dia, tapi risau juga mungkin ianya boleh bawa fitnah.Jadi saya pun akur dengan keputusan tu.Saya terima je kerana keputusan mesyuarat perlu dipatuhi.tapi saya rasa kesal sikit kerana dia tak bagitahu saya awal2.kalau saya tahu perkara ni awal2, pasti saya dah tak pergi sorang2 hari tu.patutlah sikap mereka dingin pada saya.Tapi mereka perlu tahu saya ni masih baru dan tidak memandang saya spt org yg bersalah sedangkan saya tak tahu apa2.Di sini akak rasa terkilan sedikit.
Pada suatu hari ada sorang karkun lain telefon saya. dia kata dia ada terdengar orang pernah cakap pasal saya dalam mesyuarat. Dia kata kalau saya nak keluar saya kena kahwin.dia bagitahu ramai je karkun2 yg ada. kalau saya nak dia boleh je tunjuk gambar2 karkun2 utk saya pilih.dia kata kalau dia cerita pada karkun2 tu pasal saya mesti ramai yg akan sangup utk kahwin ngan saya. tapi apa boleh buat, saya terpaksa tolak sebab saya nak sambung belajar kat mesir. Lagipun takkan tiba2 saya nk cakap pada abah dan umi pasal ni. saya tak bersedia. apa yg abah dan umi tahu saya ni nak sambung belajar. saya pun tak pernah langsung cakap tentang kahwin ngan mereka.Kemudian saya datang mesir ni.
Di sini, saya belajar jurusan Usuluddin bidang hadis.Banyak juga cita2 saya yg besar yg memerlukan kesabaran dan tawajjuh yg sungguh2.Saya ingin kuasai bahasa Arab kerana ianya masih lemah,mamandangkan saya berasal dr sekolah menengah biasa.Saya perlu usaha lebih drp org lain yg dah belajar bahasa arab sejak sekolah lagi.Saya juga ada cita2 utk hafal 30 juzuk Quran. Saya harap agar Allah beri saya taufik.Namun cita2 saya yg paling besar adalah utk saya berada dlm usaha ni dan dpt khuruj. dapat bersama2 dalam majlis iman dan amal ni.
Walaupun di mana saya berada, keinginan dan cita2 saya tak pernah pudar..saya datang ke mesir dlm keadaan yg saya tak dpt nak gambarkan krn saya menghadapi banyak ujian dan mehnah.Saya tidak boleh rasa keseorangan,saya tidak akan bergembira sehingga saya rasa diri saya berada di dlm jemaah ini..saya ingin biarlah Dia mendapati saya berada di dlm majlisnya..sebab itulah saya cuba mencari usaha ini di sini..saya ada menghubungi seorang adik kawan saya yg belajar kat iptips..kakak dia pun dtg sini..adik dia tu dulu sblm belajar kat iptips dia pernah belajar di mesir ni dan dia pernah ikut tabligh kat sini..saya tanya dia ada tak dia kenal karkun yg dah bekeluarga krn saya nak tanya pasal program mastura kat sini.saya harap semoga dapat peluang sekali lagi .saya diberitahu bahawa ada seorang karkun malaysia yg tinggal tak jauh dr tempat tinggal saya di bangunan rumah penuntut terengganu di kaherah ni, namanya ustaz zaki yg dah beristeri dan ada dua org anak. dimaklumkam dia seorang ahli perniagaan besar juga di sini, mempunyai cc dan restoran. setelah saya dpt maklumat,saya cuba bertanya kakak senior saya siapa2 yg kenal ustaz zaki kerana saya nak menjejakinya .dua tiga hari selepas tu,masuklah bulan ramadhan dan saya masih lagi tak dpt menjejaki ustaz zaki. pada satu ramadhan,hari jumaat, semasa kami sedang berbuka puasa, saya terdengar orang bercakap tentang seorang pelajar malaysia mati di bunuh .semua orang kecoh tentang pembunuhan tu dan saya mendengar bahawa orang tu seorang ahli perniagaan yg menpunyai cc,restoran, dan menjadi ajen pertukaran duit dolar dan mesir. Saya rasa terkejut sangat2 sebab orang yg dimaksudkan ialah ustaz zaki, karkun yg saya nak jejaki dan berjumpa isterinya . yg amat menyayat hati lagi isteri dan dua org anaknya juga turut terbunuh .kami ingat orang arab mesir yg bunuh tetapi setelah keluar surat khabar,yg membunuhnya ialah org indonesia yg tinggal di sini .dia juga seorang ahli perniagaan, tetapi mempunyai masalah hutang yg banyak dan terdesak,kemudian dtg kerumah ustaz zaki dgn alasan utk membuat pertukaran wang tetapi datang utk merompak,kemudian membunuh . ust zaki dicingcang dgn pisau dan isteri serta anaknya pulak kena bakar setelah dibunuh.dikatakan semasa menemui mayat isterinya, dia duk tengah peluk anaknya yg kecil.anak dia yg sorang lagi seorang lagi duk pegang kaki mak dia.Suatu pembunuhan yg kejam.dahlah berlaku 1 ramadhan, hari jumaat pulak.sebenarnya hari tu ustaz zaki ada jemput pelajar malaysia yg rapat dengannya utk berbuka puasa di rumahnya tapi ajalnya mendahului.Saya menyaksikan mayatnya di sembahyangkan di perkarangan Hayyu asyier,dataran kompleks pelajar malaysia di kaherah, tempat gelanggang permainan,betul2depan runah terengganu.pelajar2 lama yg kenal ustaz zaki semua bersedih di atas kejadian itu.Saya walaupun pelajar baru dan masih tak kenal ust zaki pun turut sedih krn dia seorang karkun dan orang yg akak jejaki dan hampir temui.Kalau kejadian ini berlaku lepas saya kenal dia, mestilah saya akan bertambah sedih lagi .Saya jadi takut dan pencarian saya terhenti seketika .
Waktu bulan ramadhan, saya menghadiri program tafaquh oleh syaikh Nuruddin yg berasal dr indonesia . dialah yg menjadi imam sembahyang jenazah arwah ust zaki .berbagai-bagai ilmu dan tajuk yg dibincangkan oleh syaikh.tiba-tiba syaikh nuruddin menceritakan tentang jemaah tabligh yg terdapat di Indonesia.dia menceritakan bahawa dgn beberapa amalan sunnah yang yg dihidupkan oleh org tabligh di salah satu tempat di indonesia,ada beberapa peristiwa yg mengkagumkan spt air kolah masjid yg kekeringan, kotor dan tak ada air tiba2 dipenuhi dgn air yg jernih dgn keberkatan amalan yg mereka hidupkan.syaikh meneritakan tentang kelebihan dahwah tabligh walaupun dia cakap dia bukan org tabligh.dia mengetahui mendalam tentang usaha ni kerana salah seorang adiknya buat usaha agama ni.keluarganya juga memang terdiri daripada org alim dan ulama.Bila saya dengar je tentang usaha ni jiwa saya kembali meronta2.saya kembali ingin mencari program mastura. di bulan ramadhan saya sentiasa berdoa agar saya berada di dlam usaha ini.saya kembali mencari, kerana selepas raya saya akan dihantar ke iskandariah,salah satu cawangan U.al-azhar yg terdapat di mesir ni. Saya nak cari dulu program masturah sebelum saya dihanter ke iskandariah untuk memulakan pengajian sebab saya takut saya tak dapat menumpukan pada pelajaran.
Di sini ada persatuan pel malaysia yg bertanggungjawab menguruskan kebajikan pelajar2. saya menemui senarai nama ajknya dan no telefon. saya pun telefon beberapa pelajar kat sini dan saya sebenarnya tak kenal langsung mereka2 ni. saya tanya adakah mereka kenal ataupun ada di antara kawan2 mereka yg karkun. semasa saya tanya seorang demi seorang ustaz yg saya call secara tembak shj,saya menggunakan perkataan karkun utk pertanyaan, saya tak gunakan perkataan tabligh, krn ‘tabligh ’semua org tahu walaupun org itu bukan karkun .jadi saya gunakan ‘karkun’ krn pd pendapat saya kalau org tu tahu karkun itu apa,kemungkinan dia karkun atau betul2 tahu tentang tabligh. tujuan saya tidak lain utk mengetahui tentang program mastura yg berjalan di sini. ramai di antara mereka yg tak tahu karkun tu apa. ada di antara mereka yg tanya saya, karkun tu apa?.ada juga yag tanya, karkun tu bahasa arab ke?sehinggalah saya telefon seorang bekas presiden persatuan pelajar kat sini. dia bukan karkun tetapi pergaulannya luas dan kenal ramai orang dan dia tahu apa itu karkun. saya tanya dia ada tak kawan2 dia yg dah berumahtangga yg terdiri drp karkun. tapi ustaz tu hanya kenal karkun yg belum kahwin lagi. saya pun suruh dia menyanpaikan hajat saya pada karkun tu atas alasan saya nak mengkaji tentang jemaah tabligh .tidak lama selepas tu ada seorang karkun menelefon saya dan saya menceritakan apa yg saya nak cari di sini, nak ikut program mastura dan nak minta tolong supaya dia memberitahu saya tentang karkun yg bekeluarga supaya saya dapat berjumpa dengan golongan masturat sendiri.dia memberitahu saya selain ust arwah ust zaki, ada lagi karkun yg dah berkeluarga berdekatan dgn rumah ustaz zaki, tetapi warganegara Thailand.
Akhirnya saya berjaya juga menemui program masturat di sini, dan saya jumpa ramai masturat2 lain dr Singapura, Indonesia yg menuntut di sini. Pada awal2nya saya keseorangan je,tak ada kawan yg nak temankan saya terlibat dlm usaha ni.Tapi sekarang ni alhamdulillah, ada pelajar baru yg datang dr terengganu yg mana keluarganya buat usaha ni. Jadi saya ajak mereka ni utk menghadiri program taalim di kaherah.kami juga menghidupkan taalim harian sesama kami di bangunan rumah terengganu ni. kawan2 saya yg lain semua dpt belajar di kaherah, tapi saya di Iskandariah.bila saya pulang ke Iskandariah, saya buat taalim sorang2 je.utk hadiri program masturat di Kaherah saya terpaksa berulang alik dari Iskandariah ke Kaherah .Tapi saya tak kisah kerana saya rasa kemanisan dlm usaha ni.semua org yg terlibat dlm usaha ni walaupun berlainan negara dan bangsa, tetapi mempunyai satu fikir yg sama. saya tak dpt hadir selalu memandangkan jarak dr Iskandariah ke Kaherah jauh dan pada waktu tertentu saya sibuk utk persediaan exam.Dalam setahun, ada beberapa kali je yg saya dapat pergi.
sebenarnya saya teringin sangat nak keluar ke negara2 yg maju dlm usaha ni,tapi apakah daya syarat tak cukup.sebelum ni ada org nak cadangkan akan kahwin ngan karkun kat sini, seorang tahfiz yg sedang mencari.selain drp tu karkun yg saya minta tolong tu pun menyampaikan hasrat dia juga utk lamar saya. tapi saya terpaksa tolak sebab waktu tu saya baru je pergi belajar sana dan saya juga sakit. saya kalau boleh nak mengubati penyakit saya dulu.selain drp tu saya datang kat sini nak belajar. baru je datang masa tu.nanti apa pulak kata umi dan abah saya. Saya tak berani.Saya sendiri pun takut tak mampu laksanakan tanggungjawab sebab masih belajar.penyakit saya pun rasanya semakin teruk.pastu saya terpaksa tolak juga. pastu karkun yg tahfiz tu dah kawin dengan seorang akhawat kat sini. awal2 nya zaujah dia tak faham juga usaha ni. sekarang ni masturah2 cuba ikram dia dan ajak dia pergi program masturat. ada satu hari tu waktu program keluar masturat kat sini… saya sebenarnya kalau ikut tak boleh pergi.sebab ni mprogram keluar masturat, bukan program taklim biasa. tapi saya dijemput juga utk meramaikan program tu utk waktu siang je waktu taklim dan muzakarah 6 sifat je sebab mereka nak saya ikram zaujah dia tu sebab dia masih tak berapa faham tentang usaha ni memandangkan saya ni sama negeri ngan zaujah dia tu.Hari tu juga karkun tu bagi bayan masturat kat kami.saya ada rasa cemburu juga sebenarnya.Ada antara masturat kat sini dan kawan2 saya jugak yg tak puas hati sebab saya telah tolak karkun2 tu.. tapi apa saya boleh buat.org tak tahu masalah saya sebenarnya. Adakah tindakan saya tu merugikan?..
Saya faham usaha ni penting sokongan kaum perempuan. kalau tidak banyak fitnah yg berlaku. Saya ada pernah dengar cerita, dulu ada sorang karkun tu.. dia dah bertunang dah nak kahwin. tunang dia pada awalnya tak tahu yg dia tabligh. setelah dia tahu, dia punyalah tak leh terima dan hubungan mereka ada masalah sebab perempuan tu tak faham tabligh. dia hanya dengar yg negatif je. hinggalah terpaksa minta tolong seseorang terangkan padanya tentang tabligh.tu pu susah jugak nak faham. saya tak tahu cerita seterusnya. rasanya dah kahwin. moga bertambah usaha masturat kat sini.
Masa dah banyak berlalu.Saya dh tahun akhir. sekarang ni org dah tak tanya lg pasal kahwin sebab sblm ni saya asyk tolak je.Ramai masturat2 yang dah balik negara masing2.Kawan2 saya.Orang2 tabligh pun ramai yg dah balik. Sebenarnya kalau ikutkan, umur yg macam saya ni sepatutnya dah habis. saya kan dulu belajar aliran sains dan saya tukar ke aliran agama.
waktu sekarang ni biarlah saya doa pada Allah agar bagi saya kesabaran.Saya harap Allah menerima fikir risau saya dan mempertemukan kepada hajat saya.doakan saya semoga Allah memilih saya berada dalam majlisNya jua.Doakan juga utk golongan2 agamawan agar Allah bagi hidayah utk terima usaha ni. Ada antara mereka masih tak faham.
bersambung…..
June 12th, 2009 at 5:54 pm
Salam ….
Al-hamdulillah, Allah telah buka pintu hati adik/akak
dalam usaha agama. Bukan mudah untuk amal agama dalam zaman fasya’ dan mungkar ini. Tapi banyak-banyak doa supaya Allah tidak bolak balikkan hati kita.
Ada ym..?, boleh kita bercerita panjang.
ahliahnizam@yahoo.com
June 21st, 2009 at 4:25 pm
Salam buat asiah..sesungguhnya Allah bila menyayangi hambanya,maka ia akan menguji hamba tersebut..jika hambanya redha maka Allah akan meredhainya sebaliknya jika hambanya murka,maka Allah jua akan memurkainya..salam ukhuwwah dari saya..:)
June 22nd, 2009 at 1:04 pm
isnyaallah..mge tercapai hasrat n cita2.semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan n cabaran yg Allah beri.doa spaya Allah bg yg terbaik untuk diri
July 1st, 2009 at 8:02 am
sy baru saje kenal jemaah ni awal tahun ni.. sblm2 tu sy langsung tak ambil peduli.. tambahan keluarga sy termasuk saudara2 terdekat setahu sy tiada seorg pon yg penah terlibat dlm jemaah mcm ni.. sy akhirnya berkenalan dgn seorg karkun yg telah berkahwin dan dgn izin Allah, dia lah yg selalu bercerita itu ini kpd sy.. dan skrng hati sy terlalu memberontak untuk belajar tentang usaha ini… sy teringin sgt ahli keluarga sy yg lelaki pergi ke ijtimak di sepang minggu depan (hanya seorg drpd mereka yg tahu kewujudan ijtimak tersebut tp tak tahu apa fungsinya, yg lain memang tak tahu langsung).. sy skrng kerap meminta dia agar dinikahkan dgn lelaki yg menjalankan usaha atas agama..
email sy mixed_crush@yahoo.com
July 1st, 2009 at 8:06 am
maaf ade kesilapan..
saya skrng kerap meminta saya agar dinikahkan dgn lelaki yg menjalankan usaha atas agama..
July 30th, 2009 at 3:46 pm
Terima kasih semua. Doakan saya juga.Moga Allah memilih kita semua atas jalan yang haq.
October 25th, 2009 at 6:00 am
salam..ukht asiah ya?ukhti di iptips batch yg mana/dari tahun berapa?macammana nak berhubung dengan ukhti?
October 30th, 2009 at 8:31 am
waalaikumussalam…
Ana masuk iptips sejak tahun2000 hingga pertengahan tahun 2004.Ukhti ni bekas pelajar iptips jugak ke?mungkin ukhti masuk lepas ana dah keluar kot.Cam mana boleh jumpa friendster n blog ana ni yer? kita berbicara kat belakang tabir la pulak.Ok..ni id utk ym dan email ana: wasilah_khafi@y.com atau mumtahanahkhafiah@yahoo.com….
ana sekarang masih berada kat mesir..dah nak balik mesia dah.Insyaallah..awal bulan 12 nanti.Kalau nak sms ..ni no hp ana sementara ada kat mesir ni: +2 0141344176.Berani la letak no hp sebab no tu guna sementara masih berada kat sini je.Balik mesia nanti terfana la no ni.